Kenapa Rafizi tidak layak untuk dikasihani atas hukuman penjara 30 bulan yang dikenakan kerana skendal NFC

1. Rafizi baru sahaja mengeluarkan kenyataan yang dia telah dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan kerana berjuang untuk rakyat dengan “mendedahkan rasuah” NFC. Di akhir kenyataan Rafizi sebenarnya mahu meminta simpati orang ramai terhadapnya.
2. Menggunakan penyata bank NFC Corp pada 7 Mac 2012, Rafizi telah membuat dakwaan bahawa NFC Corp telah menyalahgunakan pinjaman mudah (soft loan) RM250mil untuk membeli kondominium mewah dan bukan untuk menternak lembu.
3. Syarikat NFC telah menafikan tuduhan tersebut dan menyaman Rafizi kerana fitnah yang telah dibuat dan kes tersebut telah dimenangi NFC di mahkamah tinggi. Rafizi telah diminta untuk membayar ganti rugi RM300,000 kepada NFC.
4. Kesalahan kali ini adalah kerana Rafizi telah melanggar akta BAFIA yang melindungi maklumat perbankan peribadi dan organisasi, termasuk syarikat di negara ini. Tindakan mendedahkan maklumat perbankan sesiapa sahaja adalah suatu kesalahan dan Rafizi telah dibuktikan bersalah di mahkamah.
5. Rafizi bukanlah orang yang pertama “mendedahkan” masalah syarikat NFC, malah kerajaan sendiri telah “mendedah” NFC. Laporan Ketua Audit Negara 2010 mengatakan bahawa NFC telah gagal mematuhi objektif pembentukannya selepas pinjaman mudah sebanyak RM250 juta telah diberikan oleh kerajaan.
6. Pada Mac 2012 telah “didedahkan” oleh Rafizi, Jawatankuasa Akaun Awam Parlimen (PAC) telah meneliti isu NFC berdasarkan apa yang dinyatakan dalam laporan AG. Begitu juga dengan SPRM.
Rafizi bukanlah “hero” yang mendedahkan kisah NFC, jadi megapa beliau harus diberi “simpati” atas sebab menjadi “hero”?
7. Bagaimanapun NFC telah memaklumkan kepada kerajaan dan PAC bahawa penternakan ini tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya disebabkan kelewatan pembangunan pusat-pusat sembelihan yang diperlukan untuk menyembelih dan memproses daging-daging lembu dalam jumlah yang banyak seperti ditetapkan. NFC terpaksa melaburkan wang pinjaman tersebut untuk menjana pendapatan bagi membayar pinjaman yang diberikan oleh kerajaan, gaji dan operasi penternakan.
8. Tidak benar Rafizi tidak mendapat manfaat daripada tindakannya melanggar akta dan fitnah daripada “pendedahannya”. Disebabkan tindakannya itu, Rafizi telah menjadi terkenal dan diberi peluang bertanding di kerusi Parlimen Pandan pada PRU13, dan beliau menang serta berjaya memperolehi pendapatan bebas cukai sebanyak RM 29,000. Melalui kemasyurannya, Rafizi juga telah mengumpulkan dana berjuta-juta daripada orang ramai dan sebahagian wang itu kemudian dipercayai untuk membayar yuran perkhidmatan syarikat milik Rafizi yang membekalkan tenaga kerja kepada Invoke.
10. Kemasyhuran dan kekayaan datang selepas Rafizi “mendedahkan” skandal NFC. Patutkah kita merasa kasihan kepada Rafizi yang kononya “dia tidak melakukan apa-apa kesalahan” sedangkan dia telah melanggar undang-undang apabila mendedahkan maklumat perbankan syarikat yang dilindungi dan mengolah maklumat tersebut menjadi berita palsu serta fitnah yang menjejaskan nama baik pihak tertentu dan mensabotaj industri penternakan di negara ini?

You May Also Like

About the Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *