Azmin Tak “Amanah” Apabila Tuduh Amanah Bohong Dan Putar Belit.

Pisau melihat cara Azmin mentadbir Selangor tak kurang hebatnya seperti Lim Guan Eng. Pelbagai skandal berbillion didedahkan seolah Guan Eng dan Azmin berlumba siapa paling banyak berjaya sebelum PRU 14.

Sejak mengulingkan Khalid Ibrahim secara kotor,Azmin cuba paparkan imej sebagai seorang yang bertoleransi dikalangan komponen pakatan. Politic animal ini dalam masa bersekongkol dengan Pas beliau juga bersama DAP,PAN dan Cap Bunga.

Talam dua muka demi kerusi MB ini telah membangkitkan kemarahan PAN,mungkin atas arahan DAP yang tak merestui Azmin apabila masih bersekongkol dengan PAS ,PAN mula meremehkan Azmin.

Pertelagahan antara proksi DAP parti PAN dan Azmin PKR di Selangor membuktikan Azmin makin celaru dan takut hilang kuasa sebagai Menteri Besor.

Pertelagahan bermula dengan pembahagian kerusi yang bakal mereka bertanding PRU 14 nanti.

Azmin memulakan serangan terhadap PAN dengan menyifatkan parti itu kuat berbohong seperti Lim Guan Eng DAP.

“AMANAH berbohong…AMANAH tidak mengatakan yang benar, AMANAH tidak amanah.

“AMANAH paling kurang memberitahu orang ramai duduk perkara yang sebenarnya? Kita telah bertemu sebanyak empat kali?” katanya.

Azmin berkata jawatankuasa itu telah bertemu sebanyak 4 kali.

Yang peliknya, Azmin Ali secara tidak langsung turut menempelak Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini berkata jawatankuasa khas rundingan kerusi PH akan ditubuhkan?

Azmin berkata tidak akan ada suatu jawatankuasa khas.

“Malangnya kami masih belum mencapai persetujuan di kalangan empat parti ini.

“Tetapi sekarang terdapat permintaan, daripada menamakan jawatankuasa pilihanraya negeri Selangor, mereka mahukan ia untuk memfokuskan kepada rundingan kerusi.

“(Jadi) mereka menamakannya sebagai ‘jawatankuasa rundingan kerusi’. Anggota yang sama, anggota parti yang sama, parti yang sama,” dakwa beliau.

Azmin turut mendakwa ‘lebih 80 peratus’ kerusi telahpun diputuskan setakat ini.

Kenyataan Azmin Ali itu diragui kerana media pembangkang melaporkan bahawa PAN, DAP dan PPBM tidak mahu merundingkan kerusi dalam jawatankuasa pilihanraya negeri Selangor dan mendesak agar suatu jawatankuasa lain dibentuk.

Adakah Azmin Ali pun tidak amanah dan berbohong?

Betapa celarunya pentadbiran Azmin bagai telur dihujung tanduk kerana turut bergantung kepada sokongan ADUN-ADUN parti PAS yang masih lagi terlibat dalam kerajaan PKR negeri.

Pisau kata “relek dah la meen.. makan aiskrim tenangkan kepala skit..”

Kemungkinan berlakunya pertandingan 3 penjuru di antara PAS, Pakatan Harapan dan BN di Selangor buat Azmin bertambang kusut.

You May Also Like

About the Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *