Doktor FB dan Google Yang BerDNA Babi Sebar Dakyah, Sebenarnya Vaksin Dari Kementerian Kesihatan Adalah HALAL !

Ramai anak anak yang menjadi mangsa kerana ibu bapa termakan dengan dakyah doktor doktor google dan FB.

Kerajaan amat prihatin terhadap rakyat,vaksin yang diberikan harganya cukup mahal.Cuba lah tanya di klinik swasta atau hospital swasta berapa kos sekali inject vaksin.Harganya antara RM250-450, tetapi di klinik kesihatan ibu dan anak semuanya percuma.

Kemudian kalangan kakitangan dari Kementerian Kesihatan hinggalah kepada nurse yang berkhidmat hampir 99% adalah muslim.Mana mungkin mereka akan membiarkan anak anak orang Islam dicucuk vaksin ber DNA babi.

Dakyah dakyah seperti ini bukan saja menyusahkan orang ramai malah cuba perlihatkan seolah kakitangan di Kementerian Kesihatan tak tau halal dan haram.

Bagi mereka yang menjadi doktor google dan FB jangan berlagak macam babi,simpanlah sikit kebodohan tu.. sekurang kurangnya tak menyusahkan orang ramai.

Kementerian Kesihatan menegaskan semua ubat-ubatan dan vaksin yang diberikan kepada pesakit adalah halal dan selamat digunakan.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata dakwaan menyatakan terdapat ubat-ubatan dan vaksin yang diberikan oleh kementerian itu mengandungi ‘deoxyribonucleic acid’ (DNA) babi adalah tidak berasas.

“Dulu lagi kita dengar ada kumpulan tertentu yang anti vaksin kerana mendakwa ia mengandungi DNA babi tapi sekarang ini timbul pula isu kata bukan sahaja vaksin malah ubat-ubatan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan turut mengandungi perkara sama (DNA babi).

“Mereka yang membuat tuduhan itu tidak mendapatkan maklumat yang betul dan sahih hanya mencari ia (maklumat) menerusi Internet sahaja.

“Mudah untuk mereka jadi ‘doktor google’ dan bagi maklumat tidak betul kepada masyarakat. Apa yang mengecewakan saya ada segelintir masyarakat kita yang percaya,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Ahli Lembaga Pelawat Hospital dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) Pulau Pinang, di sini malam tadi.

Sementara itu, Dr Hilmi yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau berkata hampir 90 peratus daripada 856 klinik kesihatan di seluruh negara telah menubuhkan PPKK yang dilihat dapat mengukuhkan lagi strategi untuk menggembleng penglibatan komuniti bagi menyebarkan perkhidmatan kesihatan seluas mungkin.

Beliau berkata PPKK yang dilancarkan pada 1995 dan mempunyai 14,665 anggota panel itu juga bertujuan memupuk kerjasama erat antara masyarakat serta anggota kesihatan demi meningkatkan kesihatan komuniti setempat.

“PPKK memainkan peranan penting sebagai rakan kongsi kepada Kementerian Kesihatan dalam menghadapi cabaran-cabaran baharu melalui perkongsian pintar, melatih masyarakat memperkasa dalam penjagaan kesihatan diri dan sekali gus mengubah tingkah laku ke arah hidup yang sihat,” katanya.

Beliau berkata bagi menyokong usaha PPKK dalam menjalankan aktiviti mereka, Kementerian Kesihatan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5,000 bagi setiap klinik yang mempunyai panel berkenaan dan tahun lepas sahaja sebanyak RM4.175 juta telah disalurkan kepada mereka. — Bernama

You May Also Like

About the Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *