Kerajaan Pusat Berjaya Halang DAP Naikkan Surcaj Air Tertinggi Di Malaysia.

Alasan naikkan Surcaj air kerana nak hukum rakyat yang dituduh membazir air.Yang menjadi mangsa adalah keluarga besar yang melebihi 5-10 orang dalam satu rumah.. mereka terpaksa tanggung bil air yang melampau tinggi.

Rakyat Pulau Pinang macam kena minyak pengasih jadi pak angguk.. mengiyakan saja tindakan regim DAP Pulau Pinang.
Syukurlah kerajaan pusat berjaya halang niat jahat regim DAP.  Ingatlah Pulau Pinang bukan negeri padang pasir hingga nak naikkan surcaj.. Sungai muda tak penah kering..duit Air sungai muda pun regim DAP tak penah bayar..ambik free saja…. empangan mengkuang pun tak penah kering.. alhamdulilah..

Apa kejadahnya nak suruh rakyat bayar bill ayaq mahai mahai.. cuba jawab sat..

GEORGETOWN: Rakyat Pulau Pinang dijangka akan terbeban, sekiranya permohonan kerajaan negeri untuk menaikkan kadar surcaj air, diluluskan Kerajaan Persekutuan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Jaseni Maidinsa, berkata pihaknya sudah memohon semakan surcaj penjimatan air (WCS) sebanyak lima kali, namun ditolak Kerajaan Pusat.

Katanya, PBAPP menghantar permohonan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk semakan semula WCS daripada 48 sen bagi setiap 1,000 liter kepada RM1 bagi jumlah sama.

“Permohonan pertama dihantar kepada SPAN pada 28 April lalu, dan selepas itu SPAN meminta PBAPP menghantar semula permohonan, dan penghantaran semula bertarikh 20 Jun, 23 Jun, 8 September, 25 Oktober dan terakhir pada 20 November lalu.

“Semakan semula WCS hanya akan dikenakan kepada penggunaan domestik yang melebihi 35,000 liter sebulan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Jaseni berkata objektif utama pelaksanaan WCS bagi menggalakkan pengguna domestik di negeri ini menggunakan kurang daripada 35,000 liter air sebulan.

“Cadangan semakan WCS djangka hanya akan menjejaskan 23 peratus pengguna domestik dan mereka juga mempunyai pilihan, iaitu dengan menggunakan kurang daripada 35,000 liter air setiap bulan.

“PBAPP berharap SPAN dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) akan menyokong usaha pemuliharaan air dan pengurusan permintaan air di Pulau Pinang dengan mengutamakan kelulusan cadangan WCS kepada RM1,” katanya.

You May Also Like

About the Author: admin